AreBuddy adalah sebuah kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan pada Disember 2006. Berasal dari kumpulan nasyid sekolah dan kami telah bersama dari tingkatan 1 lagi. Telah banyak menerima jemputan dan memenuhi undangan semasa dalam kumpulan nasyid sekolah lagi. Pengalaman demi pengalaman yang kami timba telah menambahkan keyakinan kami untuk lebih kehadapan, tambahan sokongan dari sahabat2 dan guru2. Pada masa yang sama juga Allah telah mempertemukan kami dengan sahabat2 yang mampu menghasilkan lagu seperti Abg.Affif.. Jadi, kami membuat persembahan dengan lagu2 yang fresh, lagu yang belum dipopularkan oleh mana2 kumpulan. Tapi pada masa tu masih menggunakan pekesyen(alat muzik nasyid).Sehingga lah AreBuddy ditubuhkan kerana ahli kumpulan telah pun berkurangan dan kami perlu menjayakan satu persembahan. Terpaksalah Roslan dan Hazman yang sebenarnya berada di posisi pekesyen tampil sebagai vokal bergandingan dengan Hairuddin yang sememangnya solo dari ting. 1 lagi. Kemudian ditambah pula dengan kehadiran Zawawi berpindah ke sekolah kami pada tahun itu telah melengkapkan AreBuddy kerana dia merupakan solo nasyid di sekolahnya dulu..

Bermula lah episod baru, AreBuddy mula menjayakan persembahan dgn muzik iringan dari cd(mines one). Setiap hujung minggu kami akan mengadakan latihan dan ia tidaklah sukar kerana kedudukan rumah kami berhampiran shj. Seperti dalam satu kampung sahaja. Dipermudahkan cerita kami dalam tidak sedar sebenarnya sedang diperhatikan, dan pada suatu masa guru ini(cikgu Nik Rohana) menawarkan pada kami utk menghasilkan album. Pada masa yg sama juga AreBuddy memang dalam perancangan nak hantar demo tape ke sebuah syrikat rakaman. Rasa terharu sangat2, Allah telah mempermudahkan jalan bagi kami. Syukur Alhamdulillah, kami memang tak sangka yang kami dah pun melangkah ke tahap ini. Hal ini menjadi lebih serius apabila semua urusan diserahkan pada kami, bermacam2 dugaan yang kami tempuhi, adat berjuang tak pernah senang. Kami mulakan dari bawah, berbekalkan doa dan kesabaran serta nasihat terutamanya abg.Affif yang banyak meluangkan masa untuk kami. Dia jugalah yang mempertemukan kami dengan abg.Zam(dominant studio).

Jadi disinilah tercipta kenangan pertama merakamkan suara.. to be continued

4 comments:

  1. teruskan melangkah semoga are buddy terus berjaya ke areana persada seni dan dakwah..

    ReplyDelete
  2. Terus melangkah ke arah kejayaan...

    ReplyDelete
  3. salam ziarah buat adik2 are-buddy..tahniah..terdetik rasa bangga kerana adik2 berjaya melonjakkan nama seperti hari ini..saya juga terasa bangga kerana saya juga adalah produk SMU(A)Amir Indera Petra..seorang dua ahli jga macam pernah saya lihat dan mungkin saya kenal..percayalah,anda memang ada peminat tersendiri..saya juga selalu terdengar lagu Are-buddy menjadi siulan adik2 saya di rumah..teruskan perjuangan dan berusahalah dengan lebih keras lagi..

    baduk

    http://gulaikawah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. slm...kump arebuddy skunk ni still skola lgi ke da abis da??hehe..bru taw kump ni akhir taon lps..hehe..t'dgr lgu lukisan rindu kt ikim...start 2 bru taw kump ni..btw..best la lgu lukisan rindu 2...senikatanya nusuk ke kalbu...

    ReplyDelete